“Ada pelbagai faktor yang menyebabkan duit simpanan KWSP mereka habis mengeluarkannya selepas mencapai usia persaraan, antaranya ialah kos harian yang semakin meningkat seperti kos perubatan dan hutang pinjaman yang belum diselesaikan sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa KWSP 2012 anjuran KWSP bertema 'Evolusi Dinamik Dunia Pencen' yang berlangsung selama dua hari mulai semalam.
Subramaniam berkata, jumlah caruman sedia ada tidak sesuai diguna pakai pada masa sekarang kerana jangka hayat rakyat Malaysia sudah meningkat sehingga 75 tahun ke atas berbanding jangka hayat 60 tahun pada sekitar 1960-an dan 1970-an.
Katanya, kementerian akan mencari kaedah terbaik dalam memastikan pekerja menikmati kehidupan selesa sepanjang hayat mereka selepas melepasi usia persaraan dengan mewujudkan skim caruman KWSP lebih baik pada masa depan.
“Antara kaedah itu ialah menyediakan insentif kepada majikan sekiranya mereka menggunakan khidmat warga emas di organisasi mereka, dan ia juga dapat menyelesaikan masalah kemiskinan warga emas,” katanya.
Kementerian akan mendapatkan cadangan daripada Seminar Antarabangsa KWSP 2012 untuk merangka skim caruman yang lebih sesuai.

Subramaniam berkata, selain cadangan untuk menaikkan jumlah caruman, kementerian akan mencadangkan kepada majikan untuk meningkatkan usia persaraan 55 tahun sekarang dan melanjutkan perkhidmatan mereka.
Pada majlis berasingan, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara KWSP dan Universiti Malaya untuk penubuhan Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial di Fakulti Ekonomi Pentadbiran UM. - BH ONLINE

0 comments:
Post a Comment